Tuesday, 21 May 2013

Avon Totally Kissable Lipstick




Produk Avon dengan kaum wanita memang x dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu x dapat dipisahkan. Pada 16 Mei yang lalu Avon dengan bangganya telah memperkenalkan produk terbaru diorang iaitu Avon Totally Kissable Lipstick, kebalduan bunga boleh dirasai di bibir setiap wanita. Totally kissable  ni dirumuskan khas dengan adunan kehebatan minyak kelapa semulajadi dan enzim buah buahan seperti avokado menganjak tahap lembapan dan bibir dengan serta merta seiring dengan rona mewah yang harum, berkhasiat dan bersesuian dengan kehebatan warna yang telah avon sediakan buat korang.




Selain dari tu kalau korang nak tau Totally Kissable Lipstick ni jugak mempunyai kandungan kolagen yang akan membuat bibir korang terasa lebih mungil dan gebu secara semulajadi. Didatangkan dengan pelbagai warna yang mampu menarik kaum wanita seperi Nurul, kalau korang x percaya tengok sendiri kat bawah ni..



Selain dari warna kat atas ni banyak lagi warna lain yang boleh dijadikan koleksi peribadi kesukaan korang..boleh check di Laman Web Avon . Berita baik dan Bonus besar buat kita semua dengan setiap pembelian Totally Kisable lipstick, RM1.00 akan didermakan ke Tabung Kiss Goodbye to Breast Cancer Avon.. Dapatkan Totally Kisable lipstick korang dengan wakil Avon atau di mana mana cawangan butik kecantikan Avon di seluruh Malaysia dengan atau hubungi talian bebas Tol Avon 1-800-22- AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com. 



Jadi apa tunggu lagi kaum wanita semua, jom kt dapatkan Totally Kisable Lipstick di samping tu kita boleh tambahkan bekalan di akhirat kelak.. J


Salam Sayang, 
NURUL 

Monday, 13 May 2013

Warna Warni Al - Quran Mushaf Furqan





Hari Sabtu yang lepas bertempat di Mydin Subang telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Al Quran Mushaf Furqan Terbitan PTS Media Group Sdn. Bhd. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer bin Ali Pengarah Urusan Mydin Mohamed, Prof Emeritus Abdullah Hasan Penasihat Bahsa PTS Media Group Sdn. Bhd dan Encik Arief Hakim Sani Rahmat Pengarah Urusan PTS Media Group Sdn. Bhd. 




Banyak Sangat kelebihan Al-Quran Mushaf Furqan ni antaranya 100% halaman berwarna, format mengikut Mushaf Uthmani, Nama surah, juzuk dan nomnor muka surat dwi bahasa senang untuk yang tak faham bahasa jawi boleh baca dalam bahasa rumi. kandungan dibahagikan mengikut nama surah, nombor surah, muka surat dan tempat turunnya surah dalam bahasa rumi. Turut mempunyai tanda tanda wakaf dan keterengan dalam rumi doa khatam Al-Quran dan maksud dalam bahasa melayu dan tulisan khat terbaru mengikut Mushaf Madinah. Cover ditampilkan dalam 4 pilihan warna yang boleh menarik perhatian pembaca dan turut disertakan adab adab membaca Al-Quran.




Harga Mushaf Furqan RM45.00 untuk semenanjung dan RM48.00 untuk Sabah/ Sarawak. Tetapi Bonus besar buat para pelanggan tetap di semua Pasaraya Mydin di seluruh Malaysia di mana korang boleh memiliki Al Quran Mushaf Furqan dengan Harga serendah RM39.90 sahaja.. Jadi apa tunggu lagi jom dapatkan dengan segera.. Dengan Mushaf Furqan dapat kita tambahkan bekalan akhirat buat kita di sana nanti..




Salam Sayang, 
NURUL