Aduhh tajuk kemain jiwang lagi.. Sekali sekala kan.. apa salahnya.. Setiap dari kita mesti ada hobi kan.. Nurul pun ada hobi.. Kalau datang malas nurul dan rasa macam nak baring2 jer.. Nurul akan capai Novel.. Tak kira lah novel apa sekalipun asalkan nurul membaca..
Sekarang ni Nurul payah nak tido malam.. Jadinya nurul capai novel Dewa Cintaku.. baca dalam 10 muka surat camtu.. dalam hati nurul cakap, eh macam tahu jer kisah novel ni.. padahal x pernah sentuh lagi novel ni sejak dari hari nurul dapat free hari tu..
Sambung lagi baca.. bila dah nak sampai separuh camtu.. barulah ingat kisah novel ni dah dibentukkan ke drama.. Dewa Cintaku ala lakonan Fasha Sandha & Iqram Dinzly tu... Drama ni Top jugak lah hari tu.. antara drama yang wajib ditunggu oleh Nurul..
Ala mesti korang semua dah tahu kan.. Mengisahkan Iqbal (Iqram) dan June (Fasha Sandha) masing masing ada sejarah hitam kerana menjadi mangsa perpecahan keluarga, mereka hilang kasih sayang, June pulak pernah dikecewakan oleh kekasihnya. June sukar menerima cinta lelaki. Iqbal terpisah dari kasih sayang ibu dan kakak kandungnya sebab dari kecil bapanya dah bawa lari dia dari ibunya. Iqbal dibesarkan dalam keluarganya mewah dan kaya raya, dari kecil hingga remaja dia disuruh pentingkan pendidikan dan dia mewarisi pernigaan keluarga. Iqbal masih teringatkan ibu dan kakak kandungnya, dia berusaha untuk menjejaki mereka. Iqbal dijodohkan dengan Selena tapi Iqbal tidak berminat selagi dia tak menemui ibu dan kakak kandungnya. Dalam pencariannya tu dia berkenalan le dengan penyanyi rock kelab malam bernama June. June ni jauh lebih tua dari Iqbal, Iqbal jatuh cinta dengan June tapi June ni jual mahal lak. Iqbal berusaha mendapatkan cinta June, akhirnya berjaya jugak le, sebab dalam diam June ni pun memang menaruh hati kat iqbal..ahaks!! Mereka akhirnya bertunang walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan, dari Selena dan jugak jarak umur. Sebulan lagi depa dua ni nak kawin, Iqbal pun dapat tau yang June ni ialah kakak kandungnya..
Suspen kan.. Tapi Novel ni best.. Nurul plak jenis yang kalau layan Novel, mesti nak habiskan waktu tu jugak.. tak suka sambung2.. Korang plak macam mana? apa hobi korang selain online 24 jam.. cuba cita sikit..
Salam sayang,
NURUL

tak best sgt drama dia.....hehe~ sbb mcm dah tahu jalan cerite dia...sama je mcm2 cite2 lain..:D
ReplyDeleteBagi nurul best jugak kak fasz.. ;)
Deletexbanyak masa nak baca novel & tgk tv macam nurul. huhu...
ReplyDeleteAkak asyik outstation jer camne nak ade masa.. hehehe
Deletelamanya tak baca novel..tapi selalunya novel lagi best sebab lagi detail kan..:)
ReplyDeleteYup.. Nurul lagi suka Novel dari drama..
Deletesama gak dengan Ombak rindu.. lagi best baca novel dari filem dia..
bila dah berkeluarga ni novel ni memang tak sempat nak layan dah.. hikhikhik
ReplyDeleteBiasalah kan.. family kena utama dulu.. ;)
Deletesebenarnya sangat sangat lama betul saya dah x tonton TV ni, kalau nak cakap dah setahun pon boleh juga x tonton TV ni, jadi x tahu apa cerita TV skrg, hehe, wah peminat novel, good
ReplyDeleteSejak ade Tv dalam bilik ni.. nurul selalu jugak lah tonton.. kalau novel tu bila rasa dah tak tau nak buat ape bacalah dia.. ;)
DeleteRajinnya baca buku novel. Saya kalau muka surat prakata sudah sanggap. :-)
ReplyDeleteHehehe time nurul free jer nurul baca.. ;)
Deleteserious best ! ex bf yg suruh bace novel ni. haha
ReplyDeleteeh hye kak nurul ! kite jumpe semalam :)
ingat tak . nisa. hehe
Hi.... kenal sangat budak comel duduk sebelah akak semalam.. ;)
Deletetime kasih sudi singgah blog akak.. ;)
Banyak drama kat TV lakonan FS ni, rezeki kawen ni :)
ReplyDeleteTp Myra tak penah tengok citer ni apatah lg baca novel.. :)
Tp betul-memabaca adalah terapi tidur terbaik..heeee
makin cantik plak dia sekrang ni kan..
Deletecite ni best MJ.. Tapi susah jugak nak tido.. hehehe
gambar cover tu seolah2 macam saya lah.. sangat2 mirip..muahahaha
ReplyDeleteBoni perasan....................................
Deleteoooo...cite ni...tengok gitu2 je...sbb rasa tak menarik sgt untuk ditonton...hehehe...
ReplyDeleteKita pun jarang kat tgk drama dia.. kalau balik keje awal je layan..
Deletelagi best bila baca novel..
LAYAN NOVEL nie zaman skolah je dulu..... skang nie tengah cari port makan2x yang best....hehehehe
ReplyDeleteHehehe Abg Man memang x boleh dipisahkan dgn makanan.. ;)
DeleteHub akak beria baca neh masa bwk blk arituh. Dier bersungguh baca so akak tnya ajer ending dier. Haha
ReplyDeletebest novel ni kak.. ;)
Delete