Thursday, 31 May 2012

The World of Mutiara Damansara & IKEA


Nurul memang stay kat Mutiara Damansara (MD).. Bila org Tanya Nurul stay mana lepas tu nurul jawab MD.. mesti orang cakap.. tempat orang kaya tu, Korang semua..orang lain yang kaya Nurul tak.. untuk pengetahuan korang tempat yang Nurul stay tu adalah satu satunya flat yang ade dekat MD ni.. Sewa dia paling murah dalam RM500.00 untuk satu rumah.. Sama je kan dengan tempat lain.. Korang jer yang pandai pandai, asal sebut MD jer.. terus cakap tempat orang kaya tu..


Mutiara Damansara (MD) ni terletak dekat tengah2 di antara Kota Damansara, Damansara Utama, Damansara Perdana & Lebuhraya Damansara Puchong..  Dan di MD ni jugak terletaknya pelbagai shopping complex iaitu Tesco, The Curve, e@curve, Ikano & IKEA dan dekat tengah2 shopping tu ade Royale Bintang Hotel..


Sebut pasal IKEA.. Korang pun tahu macam mana payahnya nak masuk kat kawasan IKEA tu kan, maksud Nurul nak masuk ke shopping complex tu semua lah kan.. terutamanya bila musim gaji atau Public Holiday.. Nurul x kan menghala ke sanalah kalau musim ni.. Dengan jm dan payah cari parking nya.. x kuasalah nurul dah buang masa kat sana kecuali terdesak atau ade hal yang tak dapat dielakkan..




Tujuan utama Nurul nak cita ni semua Nurul nak share dgn korang semua bukan 1 jalan jer yang boleh masuk dekat IKEA atau shoopping complex yang sewaktu dengannya ni.. Banyak jalan.. Sebab tu Nurul x kisah kalau jalan jam.. hehehehe

Dalam gambar kat bawah ni korang tengok penunjuk arah yang warna hijau pucuk pisang tu tau.. 


Jalan Pertama



Kalau korang datang dari Puchong dan melalui LDP korang akan jumpa One utama  sebelah kiri korang, lepas tu masuk kiri dan akan ade fly over.. korang jangan turun fly over tu.. korang ambik kiri, akan nampak lah sebelah kanan korang Ikano.. dan jumpa traffic light pertama lepas tu jumpa lah destinasinya..

**Ini adalah jalan Utama… Jalan nilah yang selalu buat MD jam..


Jalan Kedua



Sama jugak macam jalan pertama tadi..Kalau korang datang dari puchong dan melalui LDP korang akan jumpa One utama  sebelah kiri korang, lepas tu masuk kiri dan akan ade fly over.. korang jangan turun fly over tu.. korang ambik kiri, akan nampak lah sebelah kanan korang ikano dan jumpa traffic light pertama pergi straight lagi jumpa traffic light kedua traffic light tu korang pergi straight jer.. jumpa lagi traffic light.. korang straight lagi dan korang akan nampak sebelah kanan korang tu The Curve.. lepas tu jumpa traffic light buat pusingan u dan masuk lah The curve tu..

Jalan ni x delah jalan jam sangat..


Jalan Ketiga



Kalau korang datang dari puchong dan melalui LDP korang akan jumpa One utama  sebelah kiri korang, korang straight je menghala ke kepong.. Korang hati2 sebab sekarang dah ada jalan baru bukak.. Korang ambik kiri yang menunjukkan ke Mutiara Damansara & Damansara perdana.. Bila dah kiri tu ade dua lorong korang ambik yang menghala ke Mutiara damansara.. korang straight jer korang akan jumpa traffic light pertama:-

a) kalau korang nak curve atau Tesco korang ambik kanan akan jumpa banguna UAC dan terus jumpa traffic light kedua ambik Kiri.. dan tadaaaa jumpa destinasi korang..

b) kalau korang nak ke IKEA.. korang terus jer.. lepas tu jumpa bulatan, IKEA berada depan mata korang semua.. ;)


Jalan Keempat



Kalau korang datang dari puchong dan melalui LDP korang akan jumpa One utama  sebelah kiri korang, korang straight je menghala ke Kepong.. Korang hati2 sebab sekarang dah ada jalan baru bukak.. Korang ambik kiri yang menunjukkan ke Mutiara Damansara & Damansara perdana.. Bila dah kiri tu ade dua lorong korang ambik yang menghala ke Damansara Perdana, Korang nampak traffic light pertama korang terus ambik kiri..korang akan jumpa traffic light kedua pergi straight lagi , lepas tu jumpa traffic light ketiga korang ambik kiri atau korang boleh jugak pergi straight.. sampai sudah ke destinasi..


Jalan Kelima



Kalau korang dari Kg. Sungai Penchala Korang akan nampak dua lorong iaitu satu menghala ke Damansara Perdana dan lagi satu ke Mutiara Damansara.. Korang just ambik Mutiara Damansara.. Lepas tu jumpa traffic light korang terus ambik kiri.. jumpa traffic light lagi satu ambik kiri.. Dah sampai..


Jalan Keenam



Kalau korang dari Kota damansara iaitu dari Sunway Giza dan Pelangi Damansara.. Korang akan jumpa traffic light belah kiri dan fly over sebelah kanan… dari traffic light tu banyak cara korang balik masuk untuk parking dekat mana mana shopping complex kat MD.. iaitu:-

a) dari traffic light tu korang ambik kiri dan jumpa traffic light lepas tu korang straight lagi dan korang akan nampak sebelah kanan korang tu The Curve.. lepas tu jumpa traffic light buat pusingan u dan masuk lah The curve tu..

b) Kalau korang pergi straight korang akan jumpa traffic light lepas tu korang terus ambik kiri.. pastu korang akan nampak depan mata korang shopping komplek tu… hehehe ;)


Ini jelah yang mampu Nurul share dengan korang semua.. kalau yang dah tahu tu.. duduk diam2 yer.. Nurul kongsi ni untuk orang yang tak tahu.. Dan lagi satu ni khas untuk family & kengkawan Nurul yang nak datang Mutiara Damansara ni.. Sebab selalu orang datang sini atau rumah Nurul mesti diorang akan cakap.. x de jalan lain ker? Ade satu jalan je ker nak datang MD ni? Dari situ lah terdetik hati Nurul nak share ngan korang semua.. Selamat mencuba.. ;)


Salam sayang,
NURUL

34 comments:

  1. uiksh..rupanya banyak juga jalan lain ye..selalunya jalan kat situ memang sangat2 jem..ni dah tau ni, senang sikit nak masuk minang nurul pasni.eh..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak cik Boni yer.. ;)

      Delete
  2. Banyaknya jalan alternatif. Sudah macam jalan tikus. Kalau yang mengidam makan Meat ball sudah tidak kira apa dah tetap redah. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat.. cuma org jer tak tau..

      dah lama x makan meatball..

      Delete
  3. Jalan terakhir...??

    Tak payah jalan.. dok rumah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Itu Nurul.. dok umah jer.. ;)

      Delete
  4. Dah macam duta MD, muhahahaha :))

    ReplyDelete
  5. macam mana nak gi sana ek? macam mana ek? :)

    ReplyDelete
  6. Thanks Nurul share peta nie...boleh tunjuk kat hubby akak...Hubby akak tak tahu hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama.. Tunjuk jgn tak tunjuk.. hehehehe ;)

      Delete
  7. byk gak laluan ek..tapi situ mmg traffic slalu jem...jem otak kejap..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sana sabtu ahad je yg selalu jem..

      Delete
  8. wahh banyak rupanya..hehe..

    hye nurul~

    ira dok puchong n sll lalu jalan utama y jammed tu je..hihihi..tp sll g xla jammed mn sbb time org xgaji kot ;p

    dah lama x g ikea..last g dis aritu..ahaha ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak.. datanglah Ikea.. x rindu meatbal ker.. hehehe

      Delete
  9. wah bestnye bnyak jalan alternatif ni...hehehe

    ReplyDelete
  10. org dok sebut2 pasal meatball...sekali pun tak pernah makan lagi...hihi

    ReplyDelete
  11. Tak pernah kira plak byk mana jalan boleh masuk sana. Sebab aku pun dok area sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ker.. kat ner?? kita share ni khas untuk akak kita... ;)

      Delete
  12. bagus laa..... nie kalau kasi map untuk kad kahwin memang senang orang paham.... NURUL boleh jadi MENTERI WILAYAH DAN PERANCANG BANDAR laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. X layak lansung nak jadi Menteri..

      Delete
  13. klu ke IKEA, saya akan parking di IKANO... kat ctu mudah skit utk parking rasanya.

    ReplyDelete
  14. wohoo.menarik ni.nak pergi lah :)
    done follow sekali.
    #138.hit back ye >_<

    ReplyDelete
  15. kitorang kalau payah2 sangat kitorang google map je..mana yang map tunjuk yang itulah yang kami ikut..dasar pemalas..hehehe..

    ReplyDelete
  16. suka gi ikea..suka jejalan kat situ ..jarang gi weekends sbb orang ramai

    ReplyDelete
  17. Memang banyak jalan rupanya, tp kalau Myra konpom sesat jugak :) hahaaha,
    ari tu pun sesat jugak :)

    ReplyDelete
  18. err..macam berjiran je bunyinya.

    ReplyDelete