Sunday, 24 June 2012

Contest We Grill Champions Minggu 1 - Blog Yana Yassin


Selamat pagi...

Korang semua, dah tido belum? Korang pernah jumpa tak dengan orang yang suka cakap besar?

Nurul pernah kenal dengan orang yang suka cakap besar.. Adalah hamba Allah ni..Ya Allah kalau bercakap x pernah nak mengaku kalah.. Asyik nak angkat bakul sendiri jer, yang paling tak tahan bila orang cerita kita baru beli ni beli tu, dia x nak kalah pastu ditambah plak dia dah beli awal awal lagi dari kita.. Tapi bila tanya suruh tumjuk barang tu dah tergagap gagap.. Belit sana sini.. Lagi satu suka perasan cantik, yang ni paling tak tahan.. Kalau betul betul cantik tak per.. Kita yang dengar ni pun, menyakitkan hati.. Apa salahnya kita bersederhana.. Even orang cantik pun sentiasa merendah diri..lagi satu orang suka cakap besar ni dia jenis yang tak ingat apa yang dia cakap, hari ni dia cakap A esok dia dah tukar cakap B, suka menipu sana sini.. Dan kebanyakkan yg nurul kenal hanya bercakap jer tahu buatnya x berani..

Tapi senang jer nak handle orang macam ni, Nurul kalau jumpa orang macam ni, senang jer, kita upkan lagi dia.. Kita cabar dia.. Biar dia malu dengan diri sendiri.. Suka sangat nak membangga diri, tapi mintak maaf lah nurul ni jenis tak suka berkawan dengan orang yang suka cakap besar.. Takut kita plak yang terikut perangai.. X perlah kita hilang kawan, dari hilang pertimbangan diri.. Jadi nasihat nurul, jangan nak cakap besar banggakan diri sangat, kita kena sentiasa ingat, hari ni kita diangkat kita dihormat kita disanjung kerana kebesaran diri jugak kita akan jatuh, dicemuh dan dihina.. Jadi beringatlah kita semua.. Hidup ni umpama roda, sekejap kita diatas dan sekelip mata sahaja kita akan jatuh.. Sekadar peringatan untuk kita semua..




Korang semua.. Sebenarnya nurul bebel panjang panjang ni untuk masuk contest yang dianjurkan oleh sicomel dan si cantik Kak Yana Yassin yang ditaja oleh Nandos Malaysia...




Korang pun boleh join tau.. Contest ni diadakan selama 4 minggu beturut turut... Korang pun bole menang tau.. Jom kita rama ramai join kat sini

Salam sayang,
NURUL

20 comments:

  1. mmg ada orang yg mcm tu...agak annoying rasanya...huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Annoying tapi org mcm ni mmang ade...

      Delete
  2. eh..dh tag ke blom yer
    http://www.akmarwati.com/2012/06/miss-jijie-1st-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time kasih tag nurul.. Insyaallah ade masa nurul join...

      Delete
  3. betul tu..jenis tak boleh orang lebih dari dia. KB ada kawan macam ni. klu ada org lebih dari dia, mesti dia anti orang tu...huhu sabor je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. X suka kan org macam tu... Suka hati dia jer kan...

      Delete
  4. Yeaah, Tq Nurul kerna sudi join.

    ReplyDelete
  5. hai nurul, nice to meetu semalam :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice to meet u to zuriey... Time kasih sudi singgah blog nurul... :-)

      Delete
  6. Orang macam ini kita perlu galakkan nanti akhirnya terpaksa menelan ego sendiri. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... Sokong sangat biar dia malu dgn diri sendiri..

      Delete
  7. oohhh yana yassin.. ingatkan yana samsuddin. hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana yassin pun retis jugak KID... :-)

      Delete
  8. paling senang, tk payah layan orang macam ni. bukan dapat benda pon bila cakap besar. huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. x berkawan terus lg senang.. Hati kita pun senang kan... :-)

      Delete
  9. susah nak elak orang macam ni...dalam banyak-banyak kawan, pasti ada punya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada.. Setiap dari kita pasti mempunyai kawan yg jenis macam ni...

      Delete