Apa filem kesukaan korang? bagi Nurul korang cakaplah Movie antarabangsa sekalipun, yang gah dan laku di mata dunia filem kesukaan Nurul yang tetap terpahat di hati adalah filem filem arahan Arwah Tan Sri Dr. P. Ramlee atau nama sebenar Arwah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh (1929 - 1973).. Memang bakat dan kelebihan Arwah tiada galang gantinya..
Bagi penggemar filem Arwah macam Nurul ni.. korang boleh tengok dekat saluran TV2 setiap hari isnin. pukul 10 malam.. Kadang kadang Nurul terlepas jugak.. Tapi bila dah tengok.. melekat, sampai sayang nak tinggal.. Walaupun dah banyak kali tengok, tapi tak tahulah Nurul tetap akan bergelak ketawa sampai keluar air mata.. Memang lawak dengan telatah Arwah, Pak Ajis, Pak Sudin dan pelakon pelakon lain..
Teringat balik masa zaman tinggal dengan Tom dulu, tiap kali dia cari channel TV yang best kalau terjumpa filem filem lama ni, mesti dia akan panggil Nurul.. Apa lagi bergelak tawa lah kitaorang.. Rindunya zaman tu.. Lagi satu cerita sedih, Tom dah nak balik kampung, kerja kat sana.. lagi satu bulan dia dok kat KL.. Hmmm Sedihlah.. :(
Antara antara filem Arwah yang menjadi kesukaan Nurul adalah Bujang Lapok, Seniman bujang lapok, Ali Baba bujang lapok, Ahmad Albab.. wah kiranya semua lah Nurul suka.. hehehe..
Nurul confirm mesti ramai kan yang tahu antara babak babak yang menarik yang kita boleh ingat sampai sekrang dalam filem filem arwah ni..Antara antaranya adalah:-
- Walaupun rupamu tidak ku kenal tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku..
- Kenapa kepala kau ni berbungkus syaitan?
- sori chif.. hari ini hari sabtu setengah hari esok hari minggu holiday.. kalau chif nak rompak hari isnin boleh laaa
- Pah.. butang baju aku mana Pah?
- Maafkan kami penunggu gua.. Maafkan kami penunggu gua.. Maafkan kami penunggu gua..
- Asal aku mimpi je ko datang asal aku mimpi je ko datang... engkau niii memang tak boleh tengok aku senanglah labi..
Rindukan... Semua filem Arwah memang best dan terbaik... Sekarang semuanya sudah menjadi kenangan dan memori buat kita semua.. " Di mana kan kucari ganti, serupa dengan Mu".. Agak agak generasi zaman sekarang masih ingat lagi ker dengan filem filem Arwah..Yelah sekarang semuanya dah berubah.. dengan adanya teknologi yang terlampau maju.. Sampaikan zaman sekarang Mak Ayah pun dah dibuat macam kawan kawan, dah hilang rasa hormat.. (ini betul betul terjadi yer)... Mintak jauh dengan semua tu... Amin..
Ni kenangan Nurul dengan filem
Arwah Tan Sri Dr. P. Ramlee.. macam mana dengan korang plak?? cuba cita sikit nak tahu jugak.. AL-FATIHAH....
Salam sayang,
NURUL


.jpg)

.jpg)
yes..tengok ulang-ulang pun tak jemu..siap hafal dialog lagi..huhu
ReplyDeletetau x per.. best kan... :)
Deletesaya pun penggemar filem P Ramlee.. sampai saat ini
ReplyDeleteSamalah kita.. hehehe ;)
Deletemak plg peberet seniman bujang lapok.. tengok beratus kali pun takpe hehe
ReplyDeleteNurul pun suka... Tgk banyak kali pun tetap gelak..
DeleteNampak gaya kena cari lelaki kacak ada iras P.Ramlee. Err..bro AE ada iras-iras P.Ramlee rasanya. :-)
ReplyDeleteHehehehe... ada plak camtu..
Deletesemua penceritaan di dalam filem2 Allahyarham mempunyai banyak unsur nasihat walaupun dalam bentuk komedi..hehe..memang tak jemu2 tgok filem2 allahyarham..Biar pun beliau sudah pergi meninggalkan kita selama 39 tahun,namun kita tetap merasakan dirinya masih hidup.Beliau pernah berkata dengan sahabat karibnya Pak Aziz..."ajis,aku nak hidup seribu tahun"...sampai skrg orang masih mengingati beliau tidak kira generasi lama atau baru..:)
ReplyDeleteFuh panjangnya komen..:P
Sampai skrang pun org masih ingat dia kan... Memang kata kata dia berjaya..
DeleteArwah P.Ramlee memang terbaik!!
ReplyDeleteSuka dengan lakonan dan nyanyiannya ;)
Sangat2 terbaik..
Deletekesiannnn... << madu tiga..hahaha..
ReplyDeleteHehehe ingat lagi kan.. ;)
Deletecerita do re mi pon kite minat sgt. asek buat gelak je. hehehe :D
ReplyDeleteNurul pun suka... Semua tu kenangan kita kan..
DeleteTeringin nak tengok cerita pangilan pulau , lama dah tak diulang tayang
ReplyDeleteNurul pun dah lama x tgk...
Deletemenggamit nostalgia bila tgk citer p ramlee ni
ReplyDeleteTau x per.. ;)
Deletehmm....syok
ReplyDeletememang syok...
Deletehohoho...citer2 p ramlee memang best.tengok banyak kali pon tetap best.
ReplyDeletetau x per, best kan...
Deletehihihi memang seronok kalau berpeluang layanzzz filem2 dia
ReplyDeleteMemang seronok kan...
Deleteayat2 yg sangat popular yang org still ingat =)
ReplyDeleteKuatkan penangan filem dia..
DeleteAkak pun salah sorang peminat setia filem² Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ni .. ^__^
ReplyDeletewww.anastasyea.com
samalah kita, hehehe ;)
DeleteBanyak cerita arwah yg saya suka.. Paling tak boleh lupa...
ReplyDeleteMadu tiga... Dialog assistant... Walau apa yg ditanya.. Jawap kesian jaa...
Memang smpai skrg kalau tgk saya gelak... Hampeh..
yang tu pun nurul suka..
DeleteNak baca doa selamaaaattt??
ReplyDeletebukan syaitan setaaaannn.. sultan!
hahhahaa.. dialognya memang bersahaja dalam cerita p.Ramlee ni... terbaikk!!!
Suka kan.... semuanya best2.. ;)
Delete