Thursday, 28 June 2012

Review Filem: Baik Giler!!





Hari tu Nurul berkesempatan ke Preview Filem Baik Giler!! Lakonan Hero Nurul sapa lagi kalau bukan Zizan Razak.. Nurul rasa filem ni dah lama tapi baru dapat dikeluarkan.. Sebabnya korang tengok sendiri Zizan..Masa ni Zizan Razak baru nak naik.. Ala ala comel jer.. ;)




Baik Giler  ini mengisahkan tentang tekanan perasaan dan konflik pemikiran seorang watak yang bernama Afik  (Lakonan Zizan Raja Lawak) sehingga dimasukkan ke hospital bahagia.Afik banyak mewujudkan suasana kelucuan akibat salah fahamnya terhadap istilah baik giler.

Afik yang baru keluar dari hospital bahagia setelah seminggu berada di sana Afik dimasukkan ke Hospital bahgia berpunca dari keluarga Kimi (Lakonan Awie) telah membuat laporan polis dan menuduh Afik mempunyai sakit jiwa.


Afik berkelakuan demikian kerana dia dalam keadaan ketakutan dan trauma dengan peristiwa seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan adik angkatnya bernama Emy mati dilanggar kereta di depan matanya.



Konflik mula timbul apabila  Afik menjadi tertekan dan baran apabila mendengar istilah “ Baik Giler ” yang ditujukan kepadanya. Pada anggapan Afik istilah baik giler bermakna seseorang yang baru baik daripada penyakit gila. Apabila istilah tersebut diucapkan kepadanya, Afik merasakan ia suatu penghinaan buat dirinya. Sedangkan istilah baik giler merupakan suatu slanga masyarakat bermaksud pujian kepada seseorang yang terlalu baik sikapnya.



Namun, konflik timbul apabila Kimi yang cacat lehernya akibat kemalangan dulu berdendam dengan Afik. kebetulan Afik telah diterima kembali bekerja oleh majikanya untuk bekerja di pejabat yang sama dengan Kimi.. Kimi menwar warkan kepada kawan kawan sepejabatnya bahawa Afik masih gila.. namun kawan baiknya Yap (lakonan Justin Choo) sering membela nasib Afik. 




Dalam masa yang sama Afik telah jatuh cinta dengan Suraya (lakonan Farawahida) yang merupakan anak kepada Pak Pejol (Tamrin Ibrahim Pendek). Dalam usaha Kimi untuk memasukkan kembali Afik ke hospital Kimi telah merancang pelbagai cara dan turut melibatkan kawan sepejabatnya Joe (lakonan Esma Daniel) dan kekasihnya Diana (lakonan Siti Fazurina).. 




Berjaya tak rancangan Kimi??.. macam mana nasib Afik?? korang kena tonton sendiri lah yer. Dalam Baik Giler ni jugak korang akan dapat saksikan Lakonan pertama dari Farawahida.... Filem Baik Giler ni akan mula ditayangkan hari ni.. 

Salam sayang, 

NURUL 





9 comments:

  1. dh tayang ker?..kalau ape je yg zizan berlakon mesti best..;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah.. Ade bosan sikit lah cita nih..

      Delete
  2. Zizan la.... mesti lawak giler ni apa lagi ada Zizan.. :)

    ReplyDelete
  3. saya rasa kan.. filem ni macam standard drama petang2 je kat tb. rugi tgk wayang.hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau x per.. hehehe

      x per.. lagipun ni percubaan pertama..

      Delete
  4. Kenapa tak ada muka nurul ek...

    cam pelik je.. oh lupa, Nurul kan memilih he..23x tetttt larik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu gambar pun nurul x ambik hari tu.. kwn nurul jer yg ambik gambar..

      kan lepas makan tu rasa cam pening2..

      Delete
  5. mana reviewnye? review tu maksudnya ulasan. ni promosi. haih~

    ReplyDelete