Wednesday, 20 June 2012

Review Filem: Mael Lambong Terbaik dari Zizan Razak





Memang melambong lah weeeiii.... Semalam Nurul berkesempatan ke Preview Filem Mael Lambong.. Korang pun mesti sangat sangat familiar kan dengan watak Mael Lambong aka watak kedua Zizan Razak di dunia seni ni, dari Pentas Maharaja Lawak ke Filem, memang sesuatu yang patut dibanggakan.




Filem ni Nurul boleh kategorikan Filem WAJIB TONTON, sebab memang sangat lawak... Dari awal sampai akhir asyik gelak jer.. Mael Lambong memang tak asing lagi dalam dunia hiburan, mengisahkan seorang penarik kereta yang sangat cekap, profesional dan jujur dalam perkerjaan. 




Hinggalah satu hari  Mael Lambong Berjumpa dengan Maria (Juliana Evans) secara tidak sengaja, mereka dikejar oleh penjahat sehinggalah membawa diorang ke Terengganu tanah tumpah tempat kelahiran Mael Lambong. Maria seorang Perisik dalaman sedang menyiasat satu kes penjenayah siber. 




Dan dengan tidak sengaja berjumpa kembali dengan kekasih lama Mael Lambong iaitu Rozie (Shenthy Feliziana) tetapi malangnya Rozie dah menjadi tunangan kepada Taiger (Taiyuddin Bakar) Korang mesti akan terhibur ngan watak Taiger, buat salah ke apa ker mesti dia akan cakap, saya pengerusi JKKK Kampung.. Hehehe memang lawak... ;) 




Memang sangat sangat lawak, macam macam kejadian berlaku, demi menyelamatkan data dari dicuri oleh pihak yang tidak berkenaan, Part yang paling best bila Mael Lambong tengah bercelaru untuk memilih anatar Maria dan Rozie untuk dijadikan sebagai seorang isteri, cepat cepat dia call Ustaz Azhar Idrus tanya pasal macam mana nak buat sembahyang istikharah.. 




Oklah tak nak cita panjang panjang, nanti korang tak suspen.. Yang Nurul boleh cakap, Mael Lambong Memang Filem yang sangat lawak dan menghiburkan, kalau tak, takkan lah pengarahnya sendiri Ahmad Idham terekejut sebab Pangggung untuk Preview malam tersebut penuh & sepanjang movie pihak media asyik dengan gelak ketawa.. 


 Pen Merah, Kak Ruby, Nurul Kak Yana, ShahrulZieraAbang Zaid, Mak Abang Zaid dan Uzair


Sekalung Syabas dan Tahniah diucapkan buat Pengarah Ahmad Idham, Para Pelakon, team Mael Lambong dan Excellent Pictures. Dan berita baik buat korang semua, tak payah tunggu esok.. Hari ni pukul 6 petang tadi Mael Lambong dah bermula tayangan.. Apa lagi cepat ke pawagam berdekatan dengan anda... :) 

Salam sayang, 
NURUL

PS: kredit gambar Penmerah.com

44 comments:

  1. mcm bes je..dh lama x gi tgk movie.

    ReplyDelete
  2. Memang lawak bebenor,.. sesuai untuk tontonan ramai.

    ReplyDelete
  3. Saya pengerusi JKKK Belia kampung Kemaman.. heheh.. best kan cite ni.. terbaek dari MAEL LAMBONG! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe... lawak sungguh kan.. ;)

      Delete
  4. nak tgk free mcm nurul gak... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. zizan ni hensem la..suka plak tngk

      Delete
    2. Kak Fasz: free kan diri...

      Saya Di Sini: Zizan memang hensem...

      Delete
  5. seronok nyer dapat tengok filem2 baru ni..

    ReplyDelete
  6. mesti best kan korang gelak2 haritu. kena tengok gak ni...

    ReplyDelete
  7. wuwuwuw...nak tgok filem baru..tapi xde masa...asal balik keje penat je...huhu...lagi satu tak best kalau tgok sorang2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala ajak lah girlfriend jay.. ;)

      Delete
    2. alah..Jay takde girlfriend lah nurull..hehe..

      Delete
  8. bestnyeeee~

    zuan tak pernah dapat free pass tgk filem melayu, cane nak support filem melayu ni..hehehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best.. Insyaallah dik satu hari nanti mesti dapat..

      Delete
  9. alahai...ntah bila la nak tengok.kalau gi tengok wayang,memang jarang sangat la layan movie melayu.hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. g lah tgk cita ni, terhibur..

      Delete
  10. Dapat gak invitation dari RUBY tapi tak dapat datang....sebab kena keje...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala.. x per keje kena diutamakan..

      Delete
  11. Memang hebatla.. Zizan memang mampu bawa penonton ke panggung

    ReplyDelete
  12. best ek?? hmm mcm nak tgk

    ReplyDelete
  13. Nanti nak cari DVD movie nie ;)

    ReplyDelete
  14. sampai wajib tonton yer, mesti lawak habisl, insyaAllah akan ditonton nanti.

    ReplyDelete
  15. alaaaaaa .. tingin nk tgk .. sayang mael lambong !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun... sayang mael lambong.. ;)

      Delete
  16. Wah filem Mael Lambong mendapat reaksi positif. Siapa lagi kalau hendah sambut kalau bukan orang kampung sendiri tak. :-)

    ReplyDelete
  17. nak tgk.. tpi xde org nk tmn.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh sini Nurul temankan.. hehehe ;)

      Delete
  18. mael lambong... tak makan rasuahh!! hahahahaaaa.. nak tengok!!!

    ReplyDelete
  19. mmg best filem ni...dah 10 thn x pegi panggung...dek kerana mael lambong tak masuk astro first, paksa kawan ikut...dia pun kata best and plg tak sangka dia kt zizan berjaya hidupkan watak mael...mula2 dia tak nak pegi sbb cite melayu tak bagus katanya =)

    ReplyDelete
  20. rasa mcm nak tgk Mael Lambong buat kali kedua...best giler ! heee~

    ReplyDelete