Friday, 6 July 2012

SALAM NISFU SYAABAN..



Semalam adalah 15 Syaaban dan bersamaan jugak dengan Malam Nisfu Syaaban.. Dah sampai berapa hari jer lagi kan kita akan bertemu dengan bulan penuh keberkatan iaitu Bulan Ramadhan.. Bersempena dengan itu jugak Nurul dan susun 10 jari nak mintak maaf dengan korang semua, takutlah sepanjang penulisan nurul ni ade yang nurul buat hati korang terhiris terguris.. Maafkan Nurul yer.. :) 




ANTARA2 AMALAN MALAM NISFU SYAABAN yang boleh kita lakukan:-

     Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

“Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu”. (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri).


Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita.

Antaranya: 



Semoga Amalan kita di terima oleh ALLAH s.w.t yang Maha Berkuasa.. 
AMIN

Salam sayang, 
NURUL 



10 comments:

  1. samalah saya ye nurul.. kalau ada tersalah kata atau terkasar bahasa, saya minta maaf banyak2 ye..

    ReplyDelete
  2. samalah kita... salam nisfu syaban juga!

    ReplyDelete
  3. samalah kita Nurul... Saya pun nak mohonmaaf sekiranya saya ada terkasar bahasa, tersilap kata. mohon ampun dan maaf.. :)

    ReplyDelete
  4. saya pun sama..maaf kalau ada terkasar bahasa..salam nifsu syaaban

    ReplyDelete
  5. di sini mak dara pun nak mohon maaf jika ada terkasar bahasa tersalah kata dan terover meroyan di blog adik ni ye...salam nisfu syaaban dari mak dara ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe Mak dara menghiburkan kita lagi ade.. Salam Nisfu syaaban Mak dara.. :)

      Delete