Tuesday, 3 July 2012

Selamat Bertunang Rabiatuladawiah.com


Hari ahad yang lepas Nurul telah dijemput oleh Kak Ruby untuk ke Hari paling bermakna buat beliau iaitu Majlis pertunangan yang dijemput khas untuk family terdekat  Kak Ruby  sahaja.. Dan kebetulan rumah Nurul ngan  Kak Ruby  dekat sahaja.. Janji ngan Kak Anne, dan jemput si cantik Ziera kita kat KTM terus gerak ke destinasi.. Dan kebetulan rumah Nurul ngan  Kak Ruby  dekat sahaja..:)

Cantik Sungguh... Terserlah keserian di wajah.. :)


Masa kitaorang sampai tu, Kak Ruby  tengah bersiap siap dengan perunding kecantikan dia, sapa lagi kalau bukan Kak Yana kita.. Sekali bila dah siap.. Serius cantik gila!!! Dah pening dah kitaorang ingatkan artis Nora yang datang rumah Kak Ruby, Hehehehe.. :) 


Berdebar debar rasanya hati... 

Majlis dimulakan dengan sesi perbincangan antara kedua dua belah pihak.. lepas dah semuanya mengambil kata sepakat dan perbincangan dah selesai, Maka datanglah rombongan dari pihak lelaki diketuai oleh bakal Mak Mertua Kak Ruby ke bilik anak dara sunti untuk menghantar dan menyarungkan Tanda.. 


Bak kata Naim.. Awak bakal saya miliki nanti.. chewahhh gitu.. ;) 


Lepas dah menghantar tanda, Apa lagi sesi makan lah plak.. Ya Allah memang sedap sungguh Mak Kak Ruby masak.. ditambah plak ade Ulam, sambal belacan, ikan goreng, ayam masak pedas, Ikan bawal masak kari, Pulut kuning, dan macam macam lagilah.. Memang sangat sangat sedap... Nurul siap satu pinggan nasi putih satu lagi pinggan pulut kuning... Hehehehe.. 

Dayang dayang yang memeriahkan Majlis... :) 


 Nurul, Ziera Kak RubyKak AnneKak Yana & the only boy Adik Mejah kita




Memang meriah sangat dan kita semua tumpang gembira.. Alhamdullillah Majlis berjalan dengan lancar.. dan semuanya telah selesai, dan Kak Ruby pun dengan rasminya dah menjadi tunangan kepada En. Saiful Naim.. Tahniah Kak Ruby.. X sabar nak tengok Kak Ruby naik pelamin pulak... InsyaAllah moga semuanya berjalan dengan lancar.. Amin.. Kepada Kak Ruby  & En. Saiful Naim tahniah Nurul ucapkan.. 



Salam sayang,
NURUL 

Kredit pic: Facebook Kak Ruby


31 comments:

  1. wah apa pun tahniah kak ruby. happynya tgok korang semua. hehe.

    ReplyDelete
  2. apsal tetiba ada mejah? dia ni tukang pantun ke? hik3....

    semoga semuanya berjalan lancar ruby...puasa nanti jangan lupa eden nak kim biskut raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mejah tukang kata.. hehehe

      wah kak ruby ambik tempahan biskut raya ker..

      Delete
  3. terima kasih nurul. heheheh. :)

    ReplyDelete
  4. dayang duyung la nurul...mejah duyung, kita dayang...kekekeke

    ReplyDelete
  5. huh.. kenapa saya tak diajak ni?? ni yang marah ni..hehehe

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah semuanya berjalan lancar..Nurul bila lagi??hehehe

    ReplyDelete
  7. Congrats buat Kak Ruby.. :)selamat bertunang..

    ReplyDelete
  8. Masing2x senyum sweet je dalam gambar nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. masing2 tumpang gembira.. :)

      Delete
  9. Replies
    1. Wawkil kak ruby jawab.. time kasih.. :)

      Delete
  10. Nampak gaya ramai blogger yang menamatkan zaman bujang masing-masing tahun ini.

    ReplyDelete
  11. si mejah tu pon dayang gk ke..hahaha

    ReplyDelete