Thursday, 25 October 2012

EcoSave Green Kitchen Challenge


Hari Sabtu yang lepas Nurul ke KDU University College dengan tempat yang strategik iaitu di tepi Lebuhraya Damansara Puchong amatlah memudahkan Nurul untuk mencari. First time pergi Majlis dengan penuh bangga x sesat. KDU University College adalah perintis dalam pendidikan swasta dan pengajian tinggi di rantau ini. Dengan Lebih daripada 48,000 alumni KDU University College telah menyediakan pengalaman pembelajaran yang unggul dan persekitaran yang terbaik dan menghasilkan graduan yang bersedia untuk kerjaya.




Tujuan utama Nurul ke KDU University College tu adalah untuk CIMB EcoSave Green Kitchen Challenge dengan Kerjasama Sekolah Hospitaliti, Pelancongan & Seni Kulinari. Untuk pengetahuan korang program ni dilancarkan pada 5 Julai 2012 dengan penyertaan oleh 41 buah sekolah di sekitar Lembah Klang. EcoSave Green Kitchen Challenge disokong kuat oleh Pusat Sumber Alam Sekitar dan KDU University College dengan bertujuan untuk mendidik cara mudah untuk mengurangkan sisa pepejal dan memeberi kesan kepada jangka panjang alam sekitar. 




EcoSave Green Kitchen Challenge ni terbahagi kepada dua peringkat iaitu untuk peringkat pertama para pelajar yang terlibat telah diajar untuk menghasilkan baja dari sisa makanan di kantin sekolah mereka dan dengan menggunakan baja tersebut para pelajar menanam sayur sayuran. dan dari situ 10 finalis telah dipilih untuk ke peringkat kedua. Peringkat Kedua yang dijalankan sabtu lalu pertandingan masakan di antara 10 finalis yang dianjurkan oleh Sekolah Pelancongan Hospitaliti & Seni Kulinari, KDU University College. Acara kemuncak ni telah mennyaksikan bakat dan kelebihan para pelajat bersaing untuk menghasilkan tema makanan yang telah ditetapkan dengan mengguna sayur sayuran yang telah ditanam oleh para pelajar.




Bagi Nurul dengan program macam ni memang sangat sangat bernilai bagi setiap para pelajar. Satu pengalaman yang tak mampu dimiliki oleh para pelajar di luar sana.. Korang tengok sendiri gelagat para pelajar masa pertandingan dijalankan..Memang terbaiklah diaorang ni semua.. Kelam kabut, semuanya nak cepat, sebab masa sedang mengejar diaorang semua.


Juri Juri 


Kelam kabut, semuanya nak cepat, sebab masa sedang mengejar diaorang semua. Setiap kaedah memasak, penggunaan bahan, kerjasama, kerbersihan, kreativiti dan semuanya telah dinilai oleh 3 orang juri yang disediakan khas iaitu tenaga pengajar di KDU University College. Salah seorang dari Juri ni Nurul kenal sebab pernah menjadi Juri untuk Masterchef musim Pertama iaitu Chef Yahaya Hassan yang berbaju oren tu, ia juga merupakan tenga pengajar di KDU University College. 






Dan setelah berhempas pulas menyediakan dua masakan, masa untuk para juri menilai dan komen, serta bersoal jawab setiap hasil kerja para pelajar. Masa ni macam macam Nurul dengar, ada yang combination yang x sesuai, terover masak.. macam macamlah..







Setiap pelajar harus menyediakan satu main course dan satu salad.. Kat bawah ni korang boleh nilai sendiri hasil yang telah para pelajar hasilkan.. Syabas dan Tahniah buat semua...


SMK Kelana Jaya 


SMK Seri Hartamas 


SMK Cochrane


SMK La Salle, Klang


SMJK Kwang Hua


SMK Subang Jaya


SMK USJ 4


SMK Aminuddin Baki


SMK (P) Methodist

Dan akhirnya setelah dinilai dan dikira permarkahan.. Keputusan telah terjawab dan sekalung tahniah buat Sekolah Menengah Kebangsaan SS17.. Semuanya Hadiah diorang menang tau.. Sampaikan Guru diaorang sendiri pun tak pecaya boleh menang besar.. 

RM1,500 - Pemenang untuk Peringkat Pertama
Sekolah Menengah Kebangsaan SS17

RM1,500 - Pemenang pertandingan Masakan (Peringkat Kedua)
Sekolah Menengah Kebangsaan SS17

RM3,000 dan Dua set Pisau Memasak yang ditaja oleh KDU University College 
untuk pemenang keseluruhan
Sekolah Menengah Kebangsaan SS17

Hadiah saguhati RM500 untuk kesemua 10 finalis yang bertanding


Dan inilah dia.. Masakan yang telah dihasilkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan SS17 yang membawa kemenangan besar buat diaorang.. 
17-nian stuffed chicken breast dan 1 Malaysia Salad


 17-nian stuffed chicken breast




Sekalung Tahniah buat Aisyah Amira bt. Roslan, Cikgu diaorang dan  Chua Mun Ying 


Pihak CIMBKDU University College dan Semua para pelajar yang terlibat..


Blogger yang hadir hari tu.. AriffShah, Myra VeaPinky Momma 


Salam Sayang, 
NURUL 

Scroll bawah untuk entry terbaru.. :) 

17 comments:

  1. rasa macam masuk masterchef pulak budak2 nieh ye Nurul? Seronok pulak Sha tengok diorg nieh masak itu dan ini. Cantik2 hidangan diorg. Good job. Akan diforward kepada para guru2:)

    ReplyDelete
  2. merah nye nurul :D

    diet lg ke skrang nurul?

    ReplyDelete
  3. Awat dorang je semua yang sapu habis.....

    ReplyDelete
  4. wah... macam masterchef je diorang nie...

    My recent post : Ku Bersujud - Wordless Wednesday #7

    ReplyDelete
  5. Wowww!!! dah macam setaraf Master Chef ha cara hiasan :)

    ReplyDelete
  6. Seronok lah bila dapat tengok para peserta menyediakan makanan.. Ala-ala Master Chef...



    Koleksi SMS Ucapan Raya AidilAdha pilihan Anuar

    ReplyDelete
  7. Boleh tahan budak sekolah menunjukkan bakat memasak. Saya geram tang udang tuh. :-)

    ReplyDelete
  8. wah terbaiklah... n selamat hari raya adiladha ye

    ReplyDelete
  9. wah...dah mcm masterchef...hebat2 dorang masak...nampak sedap semuanya...

    tahniah pada pemenang...menang besar betul namanya tu...

    ReplyDelete
  10. Bro Arrifshah pun datang! memang terbaik la beliau.. tahniah kepada yang berjaya..

    ReplyDelete
  11. hurmm, boleh buat lawatan ke KDU nanti ;)

    ReplyDelete
  12. nanti kem salam kat awek pakai baju merah tu yea.... anyway diorang nie boleh la cuba masuk masterchef 3 tahun depan

    ReplyDelete
  13. mencungkil bakat terpendam. Memasak juga satu bakat yang dah di naiktarafkan dan boleh mempunyai masa depan yang cerah

    ReplyDelete
  14. pehh..udang tuuu..geram tengok..

    ReplyDelete
  15. laaa ingatkn anda2 semua yg join...

    ReplyDelete