Nurul memang stay kat
Mutiara Damansara (MD).. Bila org Tanya Nurul stay mana lepas tu nurul jawab
MD.. mesti orang cakap.. tempat orang kaya tu, Korang semua..orang lain yang
kaya Nurul tak.. untuk pengetahuan korang tempat yang Nurul stay tu adalah satu
satunya flat yang ade dekat MD ni.. Sewa dia paling murah dalam RM500.00 untuk
satu rumah.. Sama je kan
dengan tempat lain.. Korang jer yang pandai pandai, asal sebut MD jer.. terus
cakap tempat orang kaya tu..
Mutiara Damansara (MD)
ni terletak dekat tengah2 di antara Kota Damansara, Damansara Utama, Damansara
Perdana & Lebuhraya Damansara Puchong..
Dan di MD ni jugak terletaknya pelbagai shopping complex iaitu Tesco,
The Curve, e@curve, Ikano & IKEA dan dekat tengah2 shopping tu ade Royale
Bintang Hotel..
Sebut pasal
IKEA.. Korang pun tahu macam
mana payahnya nak masuk kat kawasan IKEA tu kan ,
maksud Nurul nak masuk ke shopping complex tu semua lah kan .. terutamanya bila musim gaji atau
Public Holiday .. Nurul x kan menghala ke sanalah kalau musim ni..
Dengan jm dan payah cari parking nya.. x kuasalah nurul dah buang masa kat sana kecuali terdesak atau
ade hal yang tak dapat dielakkan..
Tujuan utama Nurul nak
cita ni semua Nurul nak share dgn korang semua bukan 1 jalan jer yang boleh
masuk dekat IKEA atau shoopping complex yang sewaktu dengannya ni.. Banyak jalan.. Sebab tu Nurul x kisah kalau jalan jam..
hehehehe
Dalam gambar kat bawah ni korang tengok penunjuk arah yang warna hijau pucuk pisang tu tau..
Jalan Pertama
Kalau korang datang
dari Puchong dan melalui LDP korang akan jumpa One utama sebelah kiri korang, lepas tu masuk kiri dan
akan ade fly over.. korang jangan turun fly over tu.. korang ambik kiri, akan
nampak lah sebelah kanan korang Ikano.. dan jumpa traffic light pertama lepas
tu jumpa lah destinasinya..
**Ini adalah jalan
Utama… Jalan nilah yang selalu buat MD jam..
Jalan Kedua
Sama jugak macam jalan
pertama tadi..Kalau korang datang dari puchong dan melalui LDP korang akan
jumpa One utama sebelah kiri korang,
lepas tu masuk kiri dan akan ade fly over.. korang jangan turun fly over tu..
korang ambik kiri, akan nampak lah sebelah kanan korang ikano dan jumpa traffic
light pertama pergi straight lagi jumpa traffic light kedua traffic light tu
korang pergi straight jer.. jumpa lagi traffic light.. korang straight lagi dan
korang akan nampak sebelah kanan korang tu The Curve.. lepas tu jumpa traffic
light buat pusingan u dan masuk lah The curve tu..
Jalan ni x delah jalan
jam sangat..
Jalan Ketiga
Kalau korang datang
dari puchong dan melalui LDP korang akan jumpa One utama sebelah kiri korang, korang straight je
menghala ke kepong.. Korang hati2 sebab sekarang dah ada jalan baru bukak..
Korang ambik kiri yang menunjukkan ke Mutiara Damansara & Damansara perdana..
Bila dah kiri tu ade dua lorong korang ambik yang menghala ke Mutiara
damansara.. korang straight jer korang akan jumpa traffic light pertama:-
a) kalau korang nak
curve atau Tesco korang ambik kanan akan jumpa banguna UAC dan terus jumpa
traffic light kedua ambik Kiri.. dan tadaaaa jumpa destinasi korang..
b) kalau korang nak ke
IKEA.. korang terus jer.. lepas tu jumpa bulatan, IKEA berada depan mata korang
semua.. ;)
Jalan Keempat
Kalau korang datang
dari puchong dan melalui LDP korang akan
jumpa One utama sebelah kiri korang, korang straight je
menghala ke Kepong.. Korang hati2 sebab
sekarang dah ada jalan baru bukak.. Korang ambik kiri yang menunjukkan ke Mutiara Damansara & Damansara perdana..
Bila dah kiri tu ade dua lorong korang ambik yang menghala ke Damansara Perdana, Korang nampak traffic light pertama
korang terus ambik kiri..korang akan jumpa traffic light kedua pergi straight
lagi , lepas tu jumpa traffic light ketiga korang ambik kiri atau korang boleh
jugak pergi straight.. sampai sudah ke destinasi..
Jalan Kelima
Kalau korang dari Kg. Sungai Penchala Korang akan nampak dua lorong iaitu satu
menghala ke Damansara Perdana dan lagi satu ke
Mutiara Damansara.. Korang just ambik Mutiara Damansara.. Lepas tu jumpa traffic light korang
terus ambik kiri.. jumpa traffic light lagi satu ambik kiri.. Dah sampai..
Jalan Keenam
Kalau korang dari Kota damansara
iaitu dari Sunway Giza
dan Pelangi Damansara.. Korang akan jumpa traffic light belah kiri dan fly over
sebelah kanan… dari traffic light tu banyak cara korang balik masuk untuk
parking dekat mana mana shopping complex kat MD.. iaitu:-
a) dari traffic light
tu korang ambik kiri dan jumpa traffic light lepas tu korang straight lagi dan
korang akan nampak sebelah kanan korang tu The Curve.. lepas tu jumpa traffic
light buat pusingan u dan masuk lah The curve tu..
b) Kalau korang pergi
straight korang akan jumpa traffic light lepas tu korang terus ambik kiri..
pastu korang akan nampak depan mata korang shopping komplek tu… hehehe ;)
Ini jelah yang mampu
Nurul share dengan korang semua.. kalau yang dah tahu tu.. duduk diam2 yer..
Nurul kongsi ni untuk orang yang tak tahu.. Dan lagi satu ni khas untuk family
& kengkawan Nurul yang nak datang Mutiara Damansara ni.. Sebab selalu orang
datang sini atau rumah Nurul mesti diorang akan cakap.. x de jalan lain ker? Ade
satu jalan je ker nak datang MD ni? Dari situ lah terdetik hati Nurul nak share
ngan korang semua.. Selamat mencuba.. ;)
Salam sayang,
NURUL





























































