Friday, 29 June 2012

Wowww 1001 give away



Salam Jumaat Si cantik si comel si kacak sekalian..Sempena hari Jumaat yang Mulia ni Nurul nak join satu GA yang dianjurkan oleh Mastercheff kita Kak Ida.. Nurul pernah jumpa dengan Kak Ida masa Makan Makan di Shogun Festival dekat One Utama.. Memang sangat peramah dan terserlah kelembutan seorang Ibu.. :)



Nama Kak Ida memang tak asing lagi dalam Dunia blogging ni sebab  Kak Ida memang terkenal dengan resipi masakan yang  hebat dan antara antara blogger yang mempunyai Anugerah  hasil dari dunia blogging iaitu Best F & B Blog & Fabulous Food 1 Malaysia Blog.. Bukan calang calang blogger boleh dapat Anugerah, jadinya Wowww 1001 give away ni korang semua WAJIB join sebabnya hadiah yang ditawarkan sangat sangat lumayan dan menarik minat kita semua.. Terutamanya kaum wanita macam Nurul ni..Kalau korang tak percaya korang sambung baca kat bawah ni.. 




3 set Pie Maker.. sebab lagi satu Kak Ida nak hadiahkan khas buat Mat Gebu...Diimport khas dari Perth, Australia.. menarik kan.. Tiba tiba rasa cam nak buat Pie plak.. :)


Dato' Burn antara penaja Utama Wowww 1001 give away


Selain dari Hadiah dari Koleksi Kak Ida, 2 buah nama syarikat gergasi ada sama tau menaja Wowww 1001 give away ni.. Memang sangat sangat hebat kan.. Bukan calang calang tau.. Semua ni feveret nurul jugak.. Aduhhh banyaknya hadiah.. memang berbaloi lah kalau korang masuk GA ni..






Bestkan hadiah dia.. Korang semua apa tunggu lagi.. Jomlah join Wowww 1001 give away ni.. Contest ni bermula 26 June yang lalu dan bakal berlangsung selama 2 minggu sahaja.. Masih ada masa lagi untuk kita semua..Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang Wowww 1001 give away dan syarat syaratnya  korang boleh refer dekat sini..


Dan korang semua syarat yang paling utama jangan lupa LIKE Fanpage 1001 resipi 


Salam sayang,
NURUL 




Kelebihan hari Jumaat



Salam pagi Jumaat.. 
Masa dan waktu sekarang kejap jer berlalu kan.. Rasanya baru hari isnin.. tengok dah sampai ke hari jumaat dah kita semua kan.. 

InsyaAllah satu hari nanti mesti Nurul akan sampai kat sini.. Amin... 

Korang tau tak antara antara kelebihan hari jumaat, Antaranya adalah:-
1) Berlakunya hari kiamat.
2) Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
3) Penghulu segala hari.
4)  Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
5) Kebaikan dengan memotong kuku.
6) Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Banyak kelebihan kan.. Jadi kita semua beringatlah sesama kita.. 
Dunia ni hanya pinjaman sementara.. :)

Salam Sayang,
NURUL 

Nak tahu lagi tentang kelebihan hari jumaat korang boleh refer dekat sini.. 

Thursday, 28 June 2012

Pesta Makan dengan Selangorlicious





Orang cakap ape.. bagai pucuk dicita ulam bila Kak Anne & Kak Yana ajak Makan makan dengan Selangorlicious anjuran Tourism Selangor. yang paling menarik minat Nurul bila diorang ni cakap makan dekat Mee Ketam Restaurant dekat Seksyen 7, Shah Alam.. Time kasih yer akak akak berdua.. ;) 


Beehon Sup Ketam 


Kari Ketam 


Masak Pedas Ketam 


Udang Galah Masak Pedas


Selama ni asyik dengar orang dok cakap kesedapan dia jer.. Tapi bila peluang dah ada depan mata, Ya Allah rasanya sangat sangat berbaloi, Memang sangat sedap, dengan Ketam dan udangnya yang besar, dengan rasa yang memang perrrgghh memang secukup rasa.. Dan buat pengetahuan korang.. Ketam dan Udang di diimport khas dari Kota Kinabalu, Sabah.. memang sangat sangat fresh.. :)


Senarai senarai harga, bagi Nurul x adalah lah mahal sangat, memang sangat sangat berbaloi sebab Ketam dia besar besar ok.. 


Pihak Tourism Selangor menemuramah pemilik Kedai.. Terima kasih bang.. Memang sedap gila.. ;)


Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang hubungi diorang sendiri atau korang boleh cek dekat Mee Ketam Blog atau Facebook Mee Ketam, atau korang boleh pergi sendiri di:-


Mee Ketam Restaurant
No. 11, Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B, (Belakang Unisel)
Seksyen 7, 40000 Shah Alam. 


Seperti yang korang tahu, Mee Ketam ni sangat terkenal.. even program Jalan Jalan Cari Makan dah pernah datang kat Restaurant Mee Ketam ni.. 


Si comel Rayyan pun ada sekali.. memang sedap kan Rayyan .. 


Tengok besar kan Udang galah dia.. Memang sangat sangat puas hati.. ;) 


Lepas dah kekenyangan dengan Mee Ketam yang sedap.. Kitaorang sambung lagi dengan mencari pencuci mulut.. Cendol yang sedapppp.. :)


Ramai sungguh pelanggan cik Abang kita dua orang ni.. Confius orang datang beli sebab Cendol ke atau sebab cik Abang berdua yang asyik suka tersenyum.. hehehe 



Sesi menyediakan Cendol.. Korang jangan main main ok.. dengan jual cendol boleh pakai kereta mewah tau..  Cendol ni jugak adalah perniagaan adik beradik diorang.. Selain cendol diorang ni ade jual Asam Laksa jugak.. Nurul siap tapau bawak balik lagi.. memang sedap.. 


Cuaca panas, dapat makan cendol memang terasa kelegaan sangat.. Memang sedap..


Memang secukup rasa.. ;)






Akhir kata.. Terima kasih dekat Selangorlicious kerana menjamu kitaorang semua dengan makanan makanan yang sangat lazat dan sedap.. memang Terbaik!!  Korang semua kalau korang nak tahu mana lagi tempat dan lokasi makanan yang sedap dan menarik, korang boleh kunjungi ke Selangorlicious.my.


Salam Sayang, 
NURUL 



Review Filem: Baik Giler!!





Hari tu Nurul berkesempatan ke Preview Filem Baik Giler!! Lakonan Hero Nurul sapa lagi kalau bukan Zizan Razak.. Nurul rasa filem ni dah lama tapi baru dapat dikeluarkan.. Sebabnya korang tengok sendiri Zizan..Masa ni Zizan Razak baru nak naik.. Ala ala comel jer.. ;)




Baik Giler  ini mengisahkan tentang tekanan perasaan dan konflik pemikiran seorang watak yang bernama Afik  (Lakonan Zizan Raja Lawak) sehingga dimasukkan ke hospital bahagia.Afik banyak mewujudkan suasana kelucuan akibat salah fahamnya terhadap istilah baik giler.

Afik yang baru keluar dari hospital bahagia setelah seminggu berada di sana Afik dimasukkan ke Hospital bahgia berpunca dari keluarga Kimi (Lakonan Awie) telah membuat laporan polis dan menuduh Afik mempunyai sakit jiwa.


Afik berkelakuan demikian kerana dia dalam keadaan ketakutan dan trauma dengan peristiwa seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan adik angkatnya bernama Emy mati dilanggar kereta di depan matanya.



Konflik mula timbul apabila  Afik menjadi tertekan dan baran apabila mendengar istilah “ Baik Giler ” yang ditujukan kepadanya. Pada anggapan Afik istilah baik giler bermakna seseorang yang baru baik daripada penyakit gila. Apabila istilah tersebut diucapkan kepadanya, Afik merasakan ia suatu penghinaan buat dirinya. Sedangkan istilah baik giler merupakan suatu slanga masyarakat bermaksud pujian kepada seseorang yang terlalu baik sikapnya.



Namun, konflik timbul apabila Kimi yang cacat lehernya akibat kemalangan dulu berdendam dengan Afik. kebetulan Afik telah diterima kembali bekerja oleh majikanya untuk bekerja di pejabat yang sama dengan Kimi.. Kimi menwar warkan kepada kawan kawan sepejabatnya bahawa Afik masih gila.. namun kawan baiknya Yap (lakonan Justin Choo) sering membela nasib Afik. 




Dalam masa yang sama Afik telah jatuh cinta dengan Suraya (lakonan Farawahida) yang merupakan anak kepada Pak Pejol (Tamrin Ibrahim Pendek). Dalam usaha Kimi untuk memasukkan kembali Afik ke hospital Kimi telah merancang pelbagai cara dan turut melibatkan kawan sepejabatnya Joe (lakonan Esma Daniel) dan kekasihnya Diana (lakonan Siti Fazurina).. 




Berjaya tak rancangan Kimi??.. macam mana nasib Afik?? korang kena tonton sendiri lah yer. Dalam Baik Giler ni jugak korang akan dapat saksikan Lakonan pertama dari Farawahida.... Filem Baik Giler ni akan mula ditayangkan hari ni.. 

Salam sayang, 

NURUL 





Mr. Bean Grand Opening at The Curve



Hari minggu yang lepas Nurul sempat ke Mr. Bean Grand Opening dekat The Curve, Mutiara Damansara. kalau korang nak tahu makanan dan minuman yang dijual di Mr. Bean ni telah dihasilkan Hundred persen dari Kacang Soya. Bagi peminat tegar kacang soya, Korang wajib cuba ni.. Sebab sememangnya sangat sangat sedap.. :)


Tahniah Mr. Bean Malaysia.. 


Pelbagai jenis minuman disediakan..
Dan kat sini jugak korang boleh dapatkan Pancake yang pelbagai jenis perisa.. 


Kak Ain  posing duludengan Mocha Soya Milk.. 


Comel comel jer cenderahati dari Mr. Bean.. :) 



Sungguh daku jatuh cinta padamu... Pancake.. sangat sedapppp.. :)



Ucapan dari Pihak Mr. Bean Malaysia

Dengan Puan Bee yang cantik... tauke Premium Beautiful nih.. 


Antara antara blogger yang hadir hari tu.. 
Puan Bee, Nurul Kak Anne, Bro, Husband Kak Ain & Kak Ain




Model Air soya yang sedap.. si comel Anak dara Puan Bee.. ;) 

Secara personally nya Nurul memang suka sangat dengan produk produk dari Mr. Bean ni.. Seriusly memang Nurul suka sangat dengan Pancake dia.. Sedaaaaappp.. nasib baik rumah Nurul dekat sangat dengan Curve.. Kira boleh beli hari harilah kan.. hehehehe.. 


Dengan Mr. Bean Maskot, Napa comel sangat hah?? 


Tahniah & All The best to Mr. Bean Malaysia.. 

Kalau korang nak cuba, Korang boleh cari di:-

Mr. Bean Malaysia
Lot K-G19, Ground Floor, 
The Curve Shopping Mall, 
No. 6, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 
47810 Petaling Jaya, Selangor. 

Salam sayang, 
NURUL 

Wednesday, 27 June 2012

Berpesta dengan Astro On The Go




Hari sabtu yang lepas Nurul ke Party Astro on the Go dapat jemputan khas dari sapa lagi kalau bukan Nuffnang tersayang.. Memang meriah sangat.. ditambah plak sekarang kan musim bola Euro.. Jadinya tema kitaorang pada petang tu kena memakai jersi pasukan bola sepak kesayangan masing masing.. 



Seperti biasa.. posing dulu... 


Dengan Akak Redmummy kita.. Penyokong kuat untuk pasukan German.. 






Dengan Si comel Anis



Sesi penerangan tentang  Astro on the Go..    


Muka kekenyangan kitaorang... Kak Yana & Kak Lily..


Wajah gembira kitaorang... Dapat makan, Dapat main games.. yang paling penting dapat borak sakan.. ;)


Si comel kecik molek Yuyu Zulaikha pun ade.. 


Paling Hot & Sensasi... Bersama dengan pasangan adik beradik  yang Superb Ganaaazzz.. 


Kitaorang ade main games.. Macam macam games.. dan inilah dia.. Team Por Two Girls (Portugal), Masih terfikir macam mana Team German boleh menang... :) 


Dengan Pengacara Majlis.. Mr. Adam... 


Best Dress Malam tu.. Sapa lagi kalau bukan the sporting, Hot & Gorjes.. Redmummy.. 


Dapat Ipad 3 tu.. Memang the best lah Akak Merah kita... 


Memang sangat sangat enjoy...Terima kasih Nuffnang &  Astro  

Salam sayang, 
NURUL